-->
| More

Malingsial : Kisah wakil Rakyat Suka Bercakap

Selasa, 11 Agustus 2009 · 0 komentar
1. Terdapat beberapa peribahasa Melayu yang sangat indah dan menarik hati bila membicarakan soal orang yang bercakap banyak ini. Antaranya ialah "kokok berdegar-degar, ekor bergelumang najis", "mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih", "telur sebiji, riuh sekampung", "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

2. Jika dilihat tingkah laku wakil rakyat Pakatan di Selangor hari ini kita dapati mereka lebih banyak bercakap dan mencari publisiti daripada bekerja. Setiap kali ada masalah maka pelbagai kata-kata yang muluk-muluk diucapkan tanpa penyelesaian yang tuntas.

3. Ada seorang wakil rakyat Pakatan yang suka mencari publisiti murahan. Antara yang selalu dilaungkan ialah projek gajah putih kerajaan BN lalu, menuduh projek yang dilaksanakan "overpriced" dan juga membuat anggaran harga rumah sesuka hati.

4. Jika wakil rakyat ini seorang jurutera, QS atau mereka yang telah lama dalam bidang pembinaan mungkin kita dapat mempertimbangkan kenyataan beliau. Malangnya wakil rakyat yang gagal Sijil Pelajaran Malaysia dan kemudiannya membuka kedai runcit serta mungkin terbabit dalam beberapa perniagaan lain yang tersembunyi mahu menjadi pakar pembinaan. Justeru apabila orang seperti ini mahu membuat anggaran kos projek kerajaan atau kos pembinaan tentulah ia menimbulkan kelucuan dan keanehan.

5. Lebih aneh kenyataan wakil rakyat ini turut diberi ruang besar dalam media tertentu tanpa melihat wibawa atau realiti percakapan beliau. Beliau juga mendakwa projek-projek pembangunan semasa Barisan nasional bersifat "gajah putih".

6. Malangnya telah lebih setahun menjadi wakil rakyat kerajaan negeri, belum ada satu pun projek pembangunan dibawa ke kawasannya. Cakap berdegar-dengar habuk pun tiada.

7. Kita juga tentu perasan bahawa setiap kali timbul masalah atau isu kerajaan negeri akan mengumumkan pelbagai jawatankuasa, kosultan dan majlis dialog bagi mencari penyelesaian. Malangnya banyak isu tergantung dan senyap begitu sahaja apabila masa berlalu.

Peraturan dan Pentadbiran Tunggang langgang

7. Tindakan YB Ronnie Liu mengarahkan pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam memulangkan minuman keras yang dirampas oleh penguatkuasanya merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak mencerminkan profesionalisme seorang EXCO.

8. Kerajaan Negeri sepatutnya memberi sokongan kepada para penguatkuasa MBSA yang menjalankan tugas mereka mengikut peraturan sedia ada. Sama ada perlu perubahan atau tidak terhadap garis panduan sedia ada adalah perkara yang berlainan. Namun selagi peraturan tersebut ada dan pegawai yang bertanggungjawab menguatkuasakannya maka tidak wajar mereka dimalukan dengan mengarahkan pemulangan semula arak tersebut.

9. Bukankah kerajaan negeri sepatutnya mengambil tindakan ke atas para pegawai yang gagal mengawal kemunculan premis hiburan, rumah urut, cyber cafe dan perjudian haram berleluasa.

10. Ini merupakan pentadbiran negeri yang tunggang langgang. Pegawai yang tidak cekap dan tidak menjalankan tugas tidak diambil tindakan. Sebaliknya pegawai yang menjalankan tugas pula dikenakan tindakan. Apakah contoh teladan atau maksud yang mahu disampaikan oleh YB Ronnie Liu kepada penguatkuasa PBT dan orang ramai?

11. Kurangkan bercakap, tambah masa bekerja sepatutnya menjadi fokus kerajaan negeri. Malangnya mereka hari ini masih mahu menjadi pembangkang sehingga tampak seolah-olah kerajaan negeri hari ini Kerajaan Ceramah dan Sidang Akhbar.

Tanah Wakaf Untuk Perkuburan Islam

12. Kerajaan negeri juga belum menyelesaikan isu tanah perkuburan Islam di Kampung Kebun Bunga, Shah Alam.

13. Terdapat tapak perkuburan muslim dan kaum cina yang berada sebelah menyebelah di kampung kebun bunga ini. Namun masalah mula timbul apabila sebuah Dewan telah dibina oleh persatuan kaum Cina di situ di atas tanah wakaf untuk perkuburan orang Islam.

14. Pada 2007, Kerajaan Selangor telah membuat keputusan agar Dewan Orang Ramai Kaum Cina yang didirikan secara haram atas tanah perkuburan orang Islam dipindahkan segera ke Tanah Perkuburan Cina di sebelahnya dengan sebahagian kos pemindahan ditanggung kerajaan.

15. Malangnya, apabila kerajaan bertukar pada tahun 2008, kerajaan Pakatan di Selangor enggan melaksanakan keputusan tersebut. Saya difahamkan ada usaha-usaha untuk membenarkan Dewan "haram" ini terus kekal di tanah wakaf untuk perkuburan Islam tersebut.

16. Saya tidak pasti sejauh mana benar, namun menurut maklumat EXCO Kerajaan Negeri yang menjaga Hal Ehwal agama Islam telah bersetuju terhadap keputusan baru ini dengan Persatuan membayar pampasan kepada Majlis Agama Islam Selangor.

17. Apabila cerita ini mula tersebar maka keputusan tersebut ditangguhkan. Apakah tujuan penangguhan ini? Untuk mencari jalan penyelesaian baru atau membiar isu ini "sejuk" dan mengekalkan status quo sedia ada?

18. Mengapa kerajaan negeri hari ini tidak boleh melaksanakan keputusan pada 2007? Tanah perkuburan Islam di Shah Alam makin berkurangan mengapa ini pun mahu diambil? Apakah dewan tersebut lebih penting daripada tapak perkuburan Islam?

19. Apakah pertanyaan ini rasis atau bersifat perkauman? Mungkin inilah yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu selalu disuruh menjaga perasaan kaum lain, tetapi kaum lain tidak pernah menjaga perasaan orang Melayu.

20. Mungkin juga inilah nasib Melayu di Shah Alam pasca pilihan raya 2008, menang sorak kampung tergadai.

»»  Lanjutkan...

Singapura promote makanan Malaysia sbg Singaporean Food

· 0 komentar
orang2 singapore ni bukan main lagi promote singapore sebagai syurga makanan, dan claim mcm mcm jenis makanan sebagai
Singaporean Food...walhal makanan2 tu semua, byknya asal dari malaysia, atau indonesia, atau china....

contoh makanan2 yg dipaparkan semalam;
1) rojak buah --> Indonesia
2) sate --> Indonesia
3) nasi ayam
4) asam fish (asam pedas) --> Indonesia
5) bubur cha cha

mat salleh2 yg jadi co-host pun angguk la yg makanan tu semua singaporean food..
Singapore ni mcm desperate nak tonjolkan imej yg singaopore tu syurga makanan, dan raih identiti atau imej singaporean food setanding dgn thai food...
walhal kebanyakan singaporean food adalah malaysian food....

malaysia lebih kaya dgn pelbagai jenis makanan dan resepi traditional, kenapa malaysia tak jadi lebih agresive spt singapore

NB : Dapet dari Forum Malingsial...Claim Punya Idonesia di Claim Lagi Singaporno
Busyet,
»»  Lanjutkan...

Misteri Angka 8 Teroris di Indonesia

Senin, 10 Agustus 2009 · 0 komentar
Pernahkah terpikir oleh kalian bahwa tanggal 8 adalah angka keramat bagi Teroris di indonesia..
OK saya akan coba menerka...

Kejadian BOM meledak di hotel JW Mariot dan Ritz Carlton tamu hotel tersebut meminta kamar NO 1808,Informasi yang beredar kamar 1808 adalah tanggal 18 Agustus nanti...yaitu rencana mereka mau meledakkan Istana Negara..

Kabar terbaru Tanggal 08 bulan 08 DENSUS 88 menyergap rumah di sebuah desa kecil yang di indikasikan tempat persembunyian Noordin Mah Tamat...
Baku tembak DENSUS 88 dengan penghuni rumah adalah kurang lebih 18 jam..dengan 8 ledakan dan jumlah teroris ada 8 orang : 3 mati 5 tertangkap
..


Apa maksud dari tanggal tersebut...???



»»  Lanjutkan...

Recent Post

Komen Maloners

..:: Malingsia.com ::..

Malaycelaka.blogpost.com

Pengganyang malingsial

Visitor & Location

IP free counters

Social

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net
Bookmark and Share
Politics blogs & blog posts Politics blogs & blog posts