Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan berkata,siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara pasangan terbabitsehari sebelum kejadian itu.
"Mereka mempunyai masalah peribadi dan kemuncaknya berlaku apabilalelaki terbabit memungkir janji, Sabtu lalu menyebabkan isterinya naikangin.
"Isterinya yang hilang kawalan itu menikam suaminya. Bagaimanapun polismasih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu," katanya.
Menurut Abd Jalil, suami wanita itu kini dilaporkan stabil dan akandibenarkan pulang bila-bila masa selepas mendapat rawatan di HospitalAmpang.
Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki menjadi mangsa apabila ditikam isterinya selepas dia memungkiri janji.
Wanita terbabit dikatakan berang dan menikam suaminya di dada sejurusdia pulang dari menonton perlawanan bola sepak berkenaan, kira-kiraenam jam selepas itu.
Panik melihat keadaan suaminya yang dipenuhi darah, wanita itu menghantarnya ke hospital.
Polis menahan wanita terbabit di rumahnya di Kondominium Pandan Heightdan turut merampas senjata yang digunakan dalam kejadian itu.
>> statement poyo Harian Metro lagi.."Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki menjadi mangsa apabila ditikam isterinya selepas dia memungkiri janji." mungkir janji ape bende.. statement tergantung Harian Metro
0 komentar:
Posting Komentar